Tiada Yang Lain
Rabu, 15 Oktober 2014
Alhamdulillah :')
Ditipu oleh orang tersayang memang menyakitkan hati . Mulut mengatakan benci , tapi hati ? tetap dengan perasaan cinta , sayang dan rindu . tidak terjalin antara kami berdua kasih dan sayang yang sempurna . berkenalan hanya melalui laman sosial . mencintai tapi tidak dicintai . itulah yang kini aku hadapi . niat di hati pada mulanya ingin menjalinkan hubungan hanya sebagai seorang kawan , tapi aku hanya insan biasa yang punya rasa cinta . perasaan sayang ku untuk si dia yang dulunya hanya sebuah perasaan sayang untuk seorang sahabat , tapi perasaan itu tidak lagi buat sahabat , perasaan itu kini berubah menjadi perasaan sayang buat si kekasih . tidak terlintas di hati untuk berbuat demikian , namun hati berkata cinta tidak dapat ku paksa , jika hati sudah menyatakan bahawa sayang , cinta dan bahagia wujud tanpa dipinta apabila bersamanya maka itulah kasih yang suci . InshaAllah . Namun , sakitnya hati tidak terluah apabila mengetahui bahawa si dia tidak bersikap jujur dengan diri ku . aku pada mulanya tidak mengesah akan semua itu , tapi kenapa dia tidak berterus terang padaku , tidak memberitahu diri ku bahawa dia sebenarnya sudah berpunya ... hati ku hancur bagai di gilis treler , haha . perasaan sayang dan cinta ku untuknya perlahan-lahan ingin aku hilangkan . cukup sekali aku rasakan sakitnya apabila dipermainkan . aku harus bersikap dewasa . aku bukan lagi seorang budak yang berumur 7 tahun yang mudah diperbodohkan oleh sesiapa sahaja , aku kini seorang remaja berumur 17 tahun . aku kini lebih tahu yang mana lebih baik dan apa yang buruk untuk diri ku .semua ini ujian Allah . mungkin dia bukan yang terbaik untuk ku . aku redha dengan apa yang telah dicatatkan untuk ku dalam hidup ku . meski aku sakit hati bila mengetahui perkara yang sebenar , hati ku tetap merindukan dirinya dan semua tentangnya . dan aku merasakan bahawa kini semuanya menjadi lebih baik kerana Allah telah menyedarkan aku untuk tidak meneruskan niat ku agar mengenali si dia dengan lebih mendalam kerana mungkin jika aku terlanjur berbuat demikian pasti aku akan melakukan sesuatu yang pasti akan aku sesali suatu saat nanti kerana jika aku meneruskan niat ku maka akan ada satu hati yang tidak berdosa akan hancur disebabkan keegoan ku ingin memiliki si dia . aku bersyukur kerana masih belum terlambat buat aku untuk tidak merasakan sakit yang lebih perih dan sesal yang akan menghantui aku seumur hidup ku . Alhamdulillah . aku bersyukur padaMu Ya Allah :')
Langgan:
Ulasan (Atom)